Friday, April 13, 2012

3 Temujanji (2012)


Sinopsis:
Mengisahkan seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mikhail, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Sayangnya selepas temujanji mereka yang terakhir, Reanna gagal merendahkan egonya lalu mereka berpisah membawa haluan masing-masing seperti yang dijanjikan semasa awal perkenalan. Reanna mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Reanna sedar kebodohannya lalu mengejar Mikhail. Malangnya semuanya telah terlambat. Adira telah kembali kepada Mikhail dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.

Download  3 Temujanji (2012) CAMRip -KaRL
  
Mediafire

Wednesday, April 11, 2012

Jidin Sengal (2012)


Sinopsis: JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib. Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama.

Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian.

Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”. Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.

 Jidin Sengal (2012) DVDRip
 

Sunday, April 8, 2012

Anugerah Bintang Popular 25 (ABPBH2011)


KEMUNCAK ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH2011) PADA 8 APRIL 2012 (AHAD), JAM 9 MALAM, DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI TV3 DAN RADIO HOTFM.

MUNGKIN senang melihat kemajuan ABPBH pada hari ini. Namun adakah generasi muda hari ini mengetahui serba ringkas sejarah kewujudan majlis penganugerahan yang hebat ini?

Semuanya tercetus pada 1987, hasil idea bernas bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk A Nazri Abdullah bersama beberapa orang penting dalam dunia hiburan ketika itu terutamanya Pengarang Unit Hiburan (dulu dikenali sebagai Pusparia), Nordin Mohamad serta wartawan hiburan Berita Harian, Zubairi Zabidin. Dengan dibantu Pengurus Promosi Kumpulan New Straits Times (NST), Oliver Jackson mereka mula mencari penaja untuk menyokong anugerah yang memberi peluang kepada pembaca memilih calon artis pujaan masing-masing menerusi undian di akhbar ini.

Dari situlah munculnya Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Disember 1987, jam 8.30 malam.

Hanya tujuh kategori dipertandingkan iaitu: Pelakon Lelaki Popular yg dimenangi Eman Manan, Pelakon Wanita Popular (Fauziah Ahmad Daud), Pelakon Pembantu Lelaki Popular (Ahmad Tarmimi Siregar), Pelakon Pembantu Wanita Popular (Marlia Musa), Penyanyi Lelaki Popular (Shidee), Penyanyi Wanita Popular (Francissca Peter), dan Penyanyi Berkumpulan Popular (Search).

Hampir 380,000 borang undian diterima daripada pembaca akhbar ini pada tahun pertama. Artis yang mendapat undian terbanyak ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (284,813 undi), diikuti Fran (246,838 undi).

Acara malam kemuncak dihoskan Allahyarham Seniman Datuk Ahmad Daud. Artis yang membuat persembahan ialah seperti Ben Nathan, Mastura & Ally Noor, The Stripe dan penari Maya Studio.

Antara finalis lain ialah Zaiton Sameon, Raja Ema, Noorkumalasari, Jacqueline Mitchell, Mustaffa Noor, Sabree Fadzil, Sharifah Aini, Azlina Aziz, Ibnor Riza, Khatijah Ibrahim, Nassier Wahab, Sons of Adam, Alleycats, Freedom, Julie Dahlan, Norlida Ahmad dan Fauziah Nawi. Ketika itu tiada siaran langsung menerusi kaca TV atau radio.

Impak daripada kejayaan pertama, APPP88 pula dianjurkan. Masih ditaja Nescafe Classic, ia turut mengekalkan tujuh kategori yang sama. Pemenang pada tahun kedua ialah Sabree Fadzil (Pelakon Lelaki Popular), Aznah Hamid (Pelakon Wanita Popular), Ridzuan Hashim (Pelakon Pembantu Lelaki Popular), Raja Ema (Pelakon Pembantu Wanita Popular), Jay Jay (Penyanyi Lelaki Popular), Ramlah Ram (Penyanyi Wanita Popular) dan Gersang (Penyanyi Berkumpulan Popular).

Acara kemuncak berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya Selangor, pada 10 Disember 1988, jam 8 malam. Ia dihoskan N D Lala dan Charmaine Agustine. Ia juga belum ke udara secara langsung dan pertama kali dirakamkan oleh TV3 untuk siaran Hari Krismas pada 25 Disember 1988.

Kemudian barulah muncul APP89 yang dianjurkan dengan kerjasama RTM dan SALEM. Ia berlangsung di Angkasapuri, pada 13 Januari 1990, jam 8.30 malam. Hosnya adalah DJ Ainul Jamal dan Sharifah Sakinah Al Junid.

Dari situ APPP terus bergerak laju dari setahun ke setahun. Perubahan besar berlaku pada 1990 apabila ia memperkenalkan kategori Artis Paling Popular yang kini menjadi Bintang Paling Popular.

Pemenang pertama adalah Aishah diikuti Zainalabidin (1991), Eman Manan (1992), Sofia Jane (1993), M Nasir (1994), Ziana Zain (1995), Siti Nurhaliza (1996 - 2001), Rosyam Nor (2002), Saiful Apek (2003), kembali kepada Siti Nurhaliza (2004), Mawi menang tiga tahun berturut-turut (2005, 2006 dan 2007) dan Nabil dari program Raja Lawak terbitan Astro memenanginya pada tahun 2008. Siti Nurhaliza kembali dinobatkan Bintang Paling Popular 2009.

Download Dari MEDIAFIRE !!
(788MB)

Adnan Sempit 2 (2012)


Sinopsis: Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?

Adnan Sempit 2 2012 PPVRip MKV & AVI

DOWNLOAD LINK:
 
MKV
 
MEDIAFIRE 
Part 1
Part 2


MEDIAFIRE 
Part 1
Part 2


AVI

MEDIAFIRE 

Azura (2012)


Sinopsis: Ia mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup bertemu dengan Zek, anak kepada orang kaya yang hidupnya dimanjakan dan dikelilingi kemewahan.Mereka kemudian bercinta tetapi mendapat halangan daripada bapa Zek, iaitu Tan Sri Putih. Zek dan Azura kemudian mengambil keputusan untuk ke London dan berkahwin di sana. MEreka hidup bahagia pada awalnya.Untuk menyara kehidupan mereka, Zek terpaksa bekerja di stesyen minyak manakala wAzura terus cemerlang dalam bidang akademik dan ditawar untuk bekerja di luar negara. Akibat daripada tekanan kerja, emosi Zek terganggu dan bermulalah segala konflik antara mereka.


Azura 2012 DVDRip MKV & MP4

MKV

MEDIAFIRE 
MP4
MEDIAFIRE 

Hantu Dalam Botol Kicap (2012)


Sinopsis: Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Hantu Dalam Botol Kicap 2012 PPVRip MKV & AVI
 
DOWNLOAD LINK:
 
MKV

MEDIAFIRE 
Part 1
Part 2
or

MEDIAFIRE 
Part 1
Part 2



AVI

MEDIAFIRE 

Cinta Kura-Kura (2012)


Sinopsis: Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.


Cinta Kura Kura 2012 DVDRip MKV & AVI

DOWNLOAD LINK:

AVI

MEDIAFIRE 
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4


MKV

MEDIAFIRE 

7 Petala Cinta (2012)


Sinopsis: Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

 DOWNLOAD

Tuesday, April 3, 2012

Bunohan (2012)


Sinopsis:

Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan 3 adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka keBunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.

 DOWNLOAD